Mulakan Hari Dengan Senyuman
Friday, 14 December 2012
Syarahan: Pentingnya Sikap Berhati-hati di Jalan Raya
Kamu akan menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan ialah "Pentingnya Sikap Berhati-hati di Jalan Raya".
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Pada petang ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Pentingnya Sikap Berhati-hati di Jalan Raya".
Hadirin yang dihormati,
Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya. Sebagai penunggang basikal misalnya, kita tidak digalakkan menunggang secara bersaing bersama-sama rakan kerana perbuatan ini akan membahayakan diri kita sendiri dan juga orang lain. Penunggang basikal dan motosikal perlu menunggang di laluan yang telah disediakan. Peraturan ini adalah untuk kebaikan pengguna jalan raya juga.
Sebelum kita melintas jalan raya, kita perlu menoleh dahulu ke kiri dan ke kanan. Setelah memastikan tiada kenderaan, barulah kita melintas dengan berhati-hati. Kita tidak seharusnya tergesa-gesa apabila melintas jalan raya kerana perbuatan itu boleh membahayakan nyawa kita.
Hadirin yang dimuliakan,
Kerajaan telah menyediakan jejantas dengan menggunakan perbelanjaan yang begitu tinggi untuk keselamatan pejalan kaki. Di tempat-tempat yang sibuk dengan kenderaan dan berbahaya, sudah semestinyalah kita menggunakan jejantas yang disediakan. Elakkanlah melintas di tempat-tempat yang sibuk dengan kenderaan bagi menjamin keselamatan kita.
Jalan raya merupakan kemudahan yang disediakan bagi kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kenderaan seperti lori, van, kereta dan motosikal menggunakan jalan raya ini. Seharusnya kita tidak menjadikan jalan raya sebagai gelanggang untuk berlumba atau bermain. Tempat yang paling selamat untuk kita berlumba ialah di litar lumba manakala padang pula merupakan tempat yang selamat untuk kita bermain.
Hadirin sekalian,
Kesimpulannya, semua pihak perlu menitikberatkan keselamatan nyawa semasa menggunakan jalan raya. Pendek kata kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa berada di jalan raya. Sekian, terima kasih.

Friday, 7 December 2012
Tuesday, 4 December 2012
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Pesanan ini sering diajukan
namun wajar diingat sentiasa
berhati-hatilah di jalan raya
supaya selamat ke tempat tujuan.
Kempen keselamatan jalan raya suatu
peringatan
kepada pengguna yang masih alpa
agar menjadi panduan untuk mengelakkan
kemalangan
yang mengorbankan jiwa, memusnahkan
harta.
Wahai pengguna-pengguna jalan raya
jalan raya bukan tempat berlumba
ingatlah orang tersayang
janganlah dibiarkan mereka menanti dalam
tangisan
1 . Sajak tersebut
ditujukan kepada siapa?
A pemandu kereta
B pekerja lebuh raya
C para pengguna jalan raya
D orang-orang tersayang
2. Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak
dalam rangkap terakhir?
A supaya berhati-hati di jalan raya
B agar tidak cuai ketika memandu
C kemalangan dapat mengorbankan jiwa
D mengingati insan yang tersayang
3.
Apakah yang mungkin berlaku jika manusia
menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba?
A ditimpa kemalangan
B
memenangi perlumbaan
C
mengalami kerosakan kereta
D
mengenal nama-nama jalan raya
4. Yang berikut adalah tujuan kempen keselamatan
jalan raya diadakan,
kecuali...
A menjadi panduan ketika memandu
B mengelakkan berlakunya kemalangan
C mengelakkan korban jiwa
D mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya
5. Rangkai
kata masih alpa dalam puisi tersebut membawa maksud manusia …
A seringkali terlupa
B sengaja melupakan
C buat-buat lupa
D kadangkala dilupakan
Monday, 19 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)