Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Pesanan ini sering diajukan
namun wajar diingat sentiasa
berhati-hatilah di jalan raya
supaya selamat ke tempat tujuan.
Kempen keselamatan jalan raya suatu
peringatan
kepada pengguna yang masih alpa
agar menjadi panduan untuk mengelakkan
kemalangan
yang mengorbankan jiwa, memusnahkan
harta.
Wahai pengguna-pengguna jalan raya
jalan raya bukan tempat berlumba
ingatlah orang tersayang
janganlah dibiarkan mereka menanti dalam
tangisan
1 . Sajak tersebut
ditujukan kepada siapa?
A pemandu kereta
B pekerja lebuh raya
C para pengguna jalan raya
D orang-orang tersayang
2. Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak
dalam rangkap terakhir?
A supaya berhati-hati di jalan raya
B agar tidak cuai ketika memandu
C kemalangan dapat mengorbankan jiwa
D mengingati insan yang tersayang
3.
Apakah yang mungkin berlaku jika manusia
menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba?
A ditimpa kemalangan
B
memenangi perlumbaan
C
mengalami kerosakan kereta
D
mengenal nama-nama jalan raya
4. Yang berikut adalah tujuan kempen keselamatan
jalan raya diadakan,
kecuali...
A menjadi panduan ketika memandu
B mengelakkan berlakunya kemalangan
C mengelakkan korban jiwa
D mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya
5. Rangkai
kata masih alpa dalam puisi tersebut membawa maksud manusia …
A seringkali terlupa
B sengaja melupakan
C buat-buat lupa
D kadangkala dilupakan

baik kerana menyediakan pelbagai bentuk bahan...
ReplyDelete